top of page

Mendaki menjadi hobi paling digemari ketika waktu lapang

WhatsApp Image 2022-01-13 at 2.26.17 PM (3).jpeg

Sejak kebelakangan ini, kita sering dapat melihat pelbagai aktiviti luar yang dijalankan oleh orang ramai. Antara salah satu aktivti yang dilakukan adalah mendaki bukit atau gunung. Mendaki bukit atau gunung pada masa kini semakin menjadi kegilaan ramai.

 

Bukit atau gunung kini menjadi destinasi riadah bagi semua peringkat umur tidak kira orang berumur mahupun kanak-kanak. Ini menunjukkan bahawa masyarakat telah menyedari selain menghabiskan masa di tempat kerja atau memanjakan diri di rumah, berada di luar rumah sepert mendaki turut menyumbang kepada gaya hidup sihat. Ia juga menjadi faktor penting dalam kesihatan seseorang.

 

Pendaki, Aizati Najmin Sulaiman, 23 berkata dia sememangnya aktif dalam mendaki bukit dan gunung dan sudah menjadi hobinya.

Sumber: Aizati Najmin Sulaiman

“Sebenarnya keluarga saya memang keluarga yang aktif bersukan dan hampir semua ahli keluarga suka akan aktiviti lasak. Tetapi pendorong utama adalah abang dan ayah saudara memandangkan mereka mempunyai persatuan pendakian sendiri. Jadi setiap kali ada aktiviti pendakian di mana-mana gunung saya pasti akan ikut serta. Ibu dan ayah saya jugak tidak pernah menghalang saya untuk melakukan sukan lasak”, kata Aizatie.

 

“Saya sentiasa akan mencari masa lapang untuk mendaki, kadang kala saya sanggup tidak tidur malam untuk menyiapkan tugasan semata untuk pergi mendaki. Tapi saya takkan join aktiviti mendaki yang clash dengan kelas, sebab kebanyakan aktiviti mendaki adalah pada waktu hujung minggu sahaja” tambahnya lagi.

 

Selain itu, dia juga menyatakan akan selalu akan hiking bersama kawan-kawan kumpulan pendaki, abang dan ayah saudara jika mereka mempunyai masa luang untuk mendaki bersamanya.


 

Walau bagaimanapun, aizatie yang merupakan penggemar pendaki gunung dan juga seorang pelajar ini sememangnya kuat untuk melakukan aktiviti pendakian ini berikutan sakit yang dihadapinya pada masa kini.

 

“Tidaklah begitu mencabar sebab saya sentiasa menjaga pemakanan untuk mengelakkan saya sakit sewaktu mendaki dan saya sentiasa menyediakan makanan dan ubat ketika mendaki. Setakat sekarang tidak pernah lagi saya sakit ketika pendakian dilakukan”, katanya.

 

Bagi mengekalkan kecergasannya, dia akan melakukan jogging atau berenang seminggu 3 kali untuk cardio dan memastikan berat badannya dikekalkan. Hal ini adalah kerana jika berat badan naik, maka staminanya juga turut akan berkurangan. Oleh tetapi disebabkan setiap minggu dia akan mendaki, stamina itu pastinya ada tetapi jika tidur dan rehat tidak mencukupi, ia akan menganggu stamina ketika mendaki.

 

"Cabarannya apabila orang sekeliling yang tidak mengenali sering kali berkata saya hiking sehingga sakit dan sebagainya sedangkan saya sakit bukan disebabkan mendaki. Tetapi orang yang mengenali saya tahu bahawa saya sentiasa menjaga pemakanan semasa mendaki dan sakit itu memang sebab sakit bukan sebab mendaki. Rasa sakit saya akan berlaku sebulan sekali tetapi sakit itu tidaklah teruk, hanya sedikit sahaja”, jelasnya.

bottom of page