top of page
Kawal masa untuk seimbangkan kerja dengan baik

Atikah Abd Rohim, merupakan pelajar daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 3, seorang gadis yang bergiat aktif dalam program kesukarelawanan. Pada tahun, beliau telah menyertai AIESEC Global Volunteer: Penta Camp and Conference yang diadakan di Taiwan. Menurutnya, program kesukarelawanan ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak di Taiwan di bawah SDG 4: Pendidikan Berkualiti.

Bijak atur kerja rumah demi luang masa bersama keluarga

Menjadi seorang ibu kepada tujuh anak bukanlah perkara yang mudah. Mana hendak urus anak, suami, rumah dan kerja lagi. Nur Baizura Abu Bakar, 39 tahun memberikan panduan kepada ibu di luar sana yang ingin meluangkan lebih banyak masa pada hujung minggu bersama suami dan anak mereka. Beliau telah berkongsikan cara untuk menguruskan kerja di rumah supaya lebih cepat dan siap secara sistematik.

Wanita tekad jual kek bajet jana pendapatan lumayan

Azam dan tekad menjual kek bajet di bandaraya Kuala Lumpur menjadi kenyataan apabila hasil jualannya meraih hampir RM3000 seminggu. Gadis berusia 35 tahun dari Kedah ini memulakn perniagaan menjual kek batik secara kecil-kecilan pada tahun 2017.Menurut Mariyatul Hidayah Rosli, dia menjual kek bajet dengan harga serendah RM18 hingga RM45. Pada mulanya, dia hanya menjual kek di tepi jalan sahaja, namun permintaan kek yang tinggi menyebabkan dia tidak lepas tangan untuk berniaga.

Urus Kewangan dengan betul bantu perniagaan lebih berkembang

Jika ditanya apa yang penting dalam perniagaan ini, sudah tentunya minat dan fokus kita. Kalau tak minat memang susah hendak ikut dan uruskan perkara yang lain. Dalam perniagaan, cara kita uruskan masa dan kewangan juga amat memainkan peranan. Ini kerana, jika anda gagal untuk uruskan masa dan kewangan, susah untuk perniagaan hendak berkembang

ivy lee

Anda merupakan seorang yang sukar untuk fokus membuat sesuatu pekerjaan? Inginkan hasil kerja yang lebih efisien dan berkualiti? Hm! Bagimana hendak atasi masalah tersebut? Mungkin melalui kaedah Ivy Lee ini dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja seharian anda.

teknik pomodoro

Teknik pomodoro adalah salah satu kaedah pengurusan masa yang diperkenalkan oleh seorang pelajar universiti, iaitu Francesco Cirillo pada akhir 1980-an yang sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan tugasannya. Yang menariknya, pomodora ini bermaksud tomato dalan Bahasa Itali! Ini kerana, Cirillo menemui pemasa dapur yang berbentuk tomato dan dari situ lahirlah teknik pomodoro ini.

tekanan

Kehidupan manusia yang mencabar dan kompleks telah menyebabkan wujudnya perasaan tekanan yang mempengaruhi kehidupan seseorang manusia. Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa kita sedar. Tekanan bukanlah suatu perkara asing bagi masyarakat di negara Malaysia. Masalah ini biasanya dialami oleh semua manusia apabila mereka berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan dan menyusahkan.

bottom of page