top of page

Bijak atur kerja rumah demi luang masa bersama keluarga

Menjadi seorang ibu kepada tujuh anak bukanlah perkara yang mudah. Mana hendak urus anak, suami, rumah dan kerja lagi.

​

Nur Baizura Abu Bakar, 39 tahun memberikan panduan kepada ibu di luar sana yang ingin meluangkan lebih banyak masa pada hujung minggu bersama suami dan anak mereka. Beliau telah berkongsikan cara untuk menguruskan kerja di rumah supaya lebih cepat dan siap secara sistematik.

​

Bagi Baizura, apapun situasi yang berlaku, kita jangan asyik komplen. Sebaliknya, kita sebagai wanita perlu bijak uruskan masa dan diri dengan sebaiknya. Ini kerana, apa pun alasannya, kita sebagai ibu, kitalah suri bagi sesebuah rumah tangga.

​

Baizura yang juga merupakan seorang ibu kepada tujuh orang anak yang berumur dari 19, 18, 16, 14, 12, 8 dan paling kecil adalah 3 tahun.

​

“Saya sekarang bukanlah surirumah sepenuh masa. Saya merupakan seorang guru dan di rumah saya ada mengambil upah menjahit. Sepanjang saya melakukan kerja-kerja ini, alhamdulillah rumahtangga saya masih dalam keadaan yang baik.”

​

“Saya ni sejak kecil suka mengemas. Adik-beradik saya semuanya 10 orang.

Emak saya menjahit dan ayah saya pula adalah pegawai kerajaan. Disebabkan kos sara hidup yang tinggi, memang kami adik beradik banyak bantu ibu dan ayah sejak kecil membuat kerja-kerja rumah. Jadi, sekarang ni, saya akan sentiasa apply kepada anak-anak saya apa yang pernah saya buat dulu.” katanya.

​

Antara tips yang boleh saya kongsikan untuk anda tahu bagaimana cara uruskan kerja adalah:

​

  • Utamakan bahagian dapur dahulu

Lumrah seorang ibu, dalam seharian mesti bahagian dapur dulu kemas baru buat kerja lain macam sidai baju, lipat kain dan kemas ruang tamu.

​

Sebab bagi saya, kalau dibahagian dapur, apa yang saya utamakan adalah memasak dan kemudiannya mengemas dapur. Lebih baik selesaikan perkara paling penting iaitu makanan kepada anak-anak dan suami.

 

Jika anda nak luangkan masa dengan keluarga pada hujung minggu, jadi macam mana anda nak kemas rumah? Malam hari terakhir anda bekerja, tips saya adalah:

​

1.Kutip semua baju dan basuh. Pastikan semua siap dibasuh.

2.Selepas kemas semua bahagian utama iaitu ruang tamu, ruang rehat, kemudian semua ruang dan bilik yang memang tak digunakan kecuali bilik tidur.

3.Selepas itu, anda boleh siap sedia untuk makan malam.

4. Pada waktu malam, boleh lipat baju yang sudah kering.

​

Seterusnya, kalau pada waktu malam anda sudah siapkan semua, jadi keesokan paginya mudah untuk anda masak. Tak payah-payah nak runsing kepala.

​

1. Sapukan semua ruang, vacuum dan mop

2. Kerja mengemas jadi tak banyak sangat, sebab dah kemas semalam. Jadi bolehla masak di dapur dengan tenang siapkan sarapan pagi dan siapkan juga bahan untuk minggu depan pula untuk masak.

3. Kalau anda bijak merancang masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam sahaja untuk cuci, packing dan siap masak untuk tengahari pula sambil kemas-kemas dapur dan peti ais.

4. Selepas itu bolehlah sambung lipat baju, gosok baju dan sediakan pakaian anak-anak dan suami untuk minggu depan juga.

 

Tambah Baizura, apa yang paling penting adalah, kena sentiasa rajin dan bijak uruskan masa.

​

“Semua ini kalau kita betul-betul rajin dan uruskan masa dengan baik, boleh siap untuk temoh satu minggu, Saya sendiri pun ada anak kecil baru 3 bulan, alhamdulillah dapat buat kerja dengan tenang tanpa gangguan. Tak kisah berapa ramai anak pun, asalkan rajin dan komited buat kerja mesti boleh,” ujar Baizura.

​

Ujar Baizura lagi, tips yang diberikan ini adalah amalan sehariannya sendiri. Mungkin bagi setiap suri rumah mempunyai cara mereka yang tersendiri.

​

“Terserah pada and acara yang anda lakukan untuk pastikan anda mempunyai masa dan ruang yang mencukupi untuk bersama keluarga. Segalanya bermula daripada ibu sendiri, jika anda jenis yang memang sedar tanggungjawab anda sebagai surirumah maka anda akan tahu cara yang sewajarnya untuk membuat kerja rumah,” jelas Baizura lagi.

Sumber: Nur Baizura Abu Bakar

bottom of page