Wanita tekad jual kek bajet jana pendapatan lumayan
Azam dan tekad menjual kek bajet di bandaraya Kuala Lumpur menjadi kenyataan apabila hasil jualannya meraih hampir RM3000 seminggu. Gadis berusia 35 tahun dari Kedah ini memulakn perniagaan menjual kek batik secara kecil-kecilan pada tahun 2017.
​
Menurut Mariyatul Hidayah Rosli, dia menjual kek bajet dengan harga serendah RM18 hingga RM45. Pada mulanya, dia hanya menjual kek di tepi jalan sahaja, namun permintaan kek yang tinggi menyebabkan dia tidak lepas tangan untuk berniaga.
​
“Sekarang dengan seramai 10 agen, perniagaan semakin berkembang dengan baik. Dulu siapa sangka, dari seorang diri yang menjual, sekarang sudah ada agen yang bersama-sama kembangkan perniagaan ini. Alhamdulillah, sekarang pun dah buka kedai untuk simpan stok kek agen dan pelanggan yang sudah membuat tempahan,” ujar Hidayah.
Katanya, bagi menjaga perniagaan yang dijalankan ini sebaiknya, dia amat menitikberatkan penjagaan wang yang betul.
“Berkaitan wang memang saya tegas. Untuk simpanan, saya akan buat empat tabung yang wajib simpan iaitu tabung untuk keperluan sewa kedai, gaji pekerja, modal dan juga tabung untuk kegunaan sendiri. Bagi kesemua tabung ini, saya memang wajibkan untuk simpan setiap hari 10 peratus daripada keuntungan pada hari terbabit,”
“Untuk tabung modal, yang itu memang saya tak akan usik langsung. Sebab untuk modal ni penting supaya saya boleh bayar kos bulanan untuk kos sewa kedai dan barang keperluan kedai yang lain. Kalau untuk modal ini, saya akan simpan sampai duit capai antara RM2000 ke RM3000 untuk saya guna balik modal tersebut bagi tempoh 2 hari sekali,” jelasnya lanjut.
Sumber: Mariyatul Hidayah Rosli
Tambahnya lagi, dia juga menyimpan tabung khas iaitu yang disimpan tetap untuk tujuan kecemasan.
“Untuk tabung simpanan tetap, yang itu duit memang tak akan sentuh langsung. Walaupun dekat tangan taka da duit, tapi kalau bukan untuk kegunaan yang penting, saya tak akan guna juga duit tabung ini. Tabung ini memang khas saya sedia dan simpankan untuk masa depan sahaja,” katanya.
​
Bagi Hidayah juga, dia sangat menguruskan masa dengan cermat. Masa dalam perniagaan adalah penting terutamanya untuk memastikan jualan berjalan dengan lancar.
​
“Bagi anak-anak agen yang nak restock, saya akan tetapkan waktu yang singkat contohnya, untuk pickup dari pukul 9 pagi hingga 9 malam dan untuk datang ke kedai pula jam 11 pagi hingga 7 petang sahaja. Ini juga untuk elakkan kesesakan dan saya nak pastikan stok sentiasa cukup untuk agen dan pelanggan apabila mereka datang,” ulasnya.
“Tambahan pula, sekarang ini saya banyak menggunakan khidmat penghantaran sahaja untuk mempercepatkan servis saya. Lagipun, bandaraya KL in ikan, jarang tak sibuk. Jadi, kalau pakai khidmat penghantaran akan lagi mudah. Untuk tempoh sekarang ni dengan Covid-19, jadi saya kurangkan pergerakan untuk hantar kepada pelanggan. Saya memang banyak serahkan untuk agen-agen dibawah saya sahaja dan juga melalui khidmat penghantaran,” ulas Hidayah.
Jelas Hidayah lagi, semua kek dan bouquet yang sering ditempah ini, bukanlah hasil tangannya. Dia sebagai stokis hanya mengambil stok daripada pengasasnya iaitu Isma Bakery. Kepelbagaian aneka kek dan bouquet yang sering ditempah untuk hari-hari istimewa amatlah memenuhi permintaan pelanggan di sekitar KL ini terutamanya di Taman Mewah dan sekitarnya.
​
“Saya juga yakin dengan usaha agen-agen dibawah saya, akan lebih ramai pelanggan yang ingin mendapatkan dan mencuba kek bajet ini. Tambahan pula, dengan kepelbagaian harga serendah RM37 hingga RM100 dapat memenuhi permintaan pelanggan mengikut bajet mereka,” ujar Hidayah.