top of page

Kawal masa untuk seimbangkan kerja dengan baik

Atikah Abd Rohim, merupakan pelajar daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 3, seorang gadis yang bergiat aktif dalam program kesukarelawanan. Pada tahun, beliau telah menyertai AIESEC Global Volunteer: Penta Camp and Conference yang diadakan di Taiwan. Menurutnya, program kesukarelawanan ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran bertutur Bahasa Inggeris dalam kalangan kanak-kanak di Taiwan di bawah SDG 4: Pendidikan Berkualiti.

​

“Saya amat tertarik kerana program tersebut merupakan program sukarelawan dan dalam pada masa yang sama boleh juga saya melancong ke luar negara. Tambahan pula, saya juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Pendidikan, jadi saya ambil peluang untuk menyertai projek yang ada kaitan dengan Pendidikan. Tentunya, saya juga sangat ingin untuk mengembara ke Taiwan untuk mempraktiskan pengetahuan saya dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin disana,” ujar Atikah.

Menceritakan pengalamannya menyertai program sukarelawan di Taiwan, program tersebut berlangsung selama tiga bulan, dimana selama program yang dijalankan memerlukan masa selama tujuh minggu.

 

“Di sana, kami ditugaskan untuk mengajar kanak-kanak yang berumur sekitar 4 sehingga 13 tahun dengan berkomunikasi dengan mereka dan mendedahkan mereka dengan pekbagai suasana. Paling penting, kami perlu terapkan untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan mereka. Sepanjang disana, banyak kem yang kami lakukan dengan mengajar mereka seperti seolah-olah mengajar macam dalam kelas mengikut setiap topik yang diberikan oleh penganjur,” jelasnya.

 

Tambah Atikah, program sukarelawan ini dijalankan semasa sebelum pandemik, walaupun dijalankan semasa cuti semester, beliau sentiasa menjaga dirinya dengan mengurus masa dengan baik.

atikah 2.jpg

“Saya mendaftarkan diri sebagai ahli AIESEC selepas pulang dari Taiwan. Sejujurnya, selepas menjadi ahli, masa saya sibuk untuk saya seimbangkan antara akademik dan juga kerja-kerja berkaitan AISEC. Tambahan pula, dalam organisasi AIESEC ini, komitmen yang diperlukan amat banyak,” ujarnya.

“Macam cara yang saya amalkan untuk seimbangkan akademik dan juga persatuan ini, saya menggunakan Google Calendar. Ianya sangat membantu untuk buat kerja-kerja saya lebih tersusun untuk membuat sesuatu dan juga membuat senarai semak yang penting,” jelas Atikah.

​

Katanya lagi, dia tidak nafikan walaupun kadangkala ada masa dia merasa terbeban dengan berat kerja yang ditanggung, dia akan blok masa dengan mematikan telefon bimbit bagi memastikan dia mendapatkan waktu rehat yang cukup dan membuat perkara yang menenangkannya dahulu.

​

“Sebagai pelajar, kita memang aka nada banyak komitmen, tapi bagi saya, waktu degree ini masa untuk kita bangunkan kemahiran insaniah kita. Kalau kita tak rebut peluang ini, kita akan rasa sukar waktu bila kita sudah bekerja nanti. Jadi sebab itulah, saya boleh seimbangkan akademik dengan juga program-program yang saya sertai,” jelasnya.

​

Atikah juga sangat mementingkan kemahiran insaniah kerana dengan menguasai kemahiran ini, sudah tentunya kita akan dapat buat kerja lain dengan baik kerana kita dapat mengurus diri sendiri untuk membuat kerja tersebut.

 

“Saya rasa hingga sekarang, saya sudah buat yang terbaik, kerana walaupun saya sibuk dengan program, Alhamdulillah, keputusan setiap sem, saya masih boleh dekan dan konsisten dari tahun satu sehingga sekarang. Saya yakin kalau kita bijak urus masa, kita akan boleh berjaya sebab pengurusan masa ini kita boleh kawal dan susun dengan baik ikut kemahuan kita,” tambahnya.

​

Selain itu juga, mempunyai sistem sokongan yang baik daripada rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memastikan dia menyiapkan tugasan dengan lenagkap juga amat penting dalam kehidupan Atikah.

​

Tambahnya lagi, paling penting adalah tanggungjawab.

​

“Bila kita sedar dengan tanggungjawab kita, ia akan buat saya sedar apa yang perlu saya buat. Jadi, tanggungjawab itu membuatkan saya lebih menjaga masa untuk membuat setiap perkara yang perlu saya siapkan dengan sepatutnya. Penting juga, untuk kita mencintai diri sendiri. Saya sentiasa tahu tahap kemampuan saya ketika melakukan sesuatu kerja,” ulas Atikah.

Sumber: Atikah Abd Rohim

bottom of page