Urus Kewangan dengan betul bantu perniagaan lebih berkembang
Nur Faznina Abdul Rahim, seorang gadis yang mempunyai cita-cita yang amat tinggi dalam bidang perniagaan. Beliau yang telah menceburi bidang perniagaan bersama syarikat kosmetik, Ainaa Beauty Sdn. Bhd sejak 2018 telah mencapai kejayaan yang amat mengagumkan.
​
“Jika ditanya apa yang penting dalam perniagaan ini, sudah tentunya minat dan fokus kita. Kalau tak minat memang susah hendak ikut dan uruskan perkara yang lain. Dalam perniagaan, cara kita uruskan masa dan kewangan juga amat memainkan peranan. Ini kerana, jika anda gagal untuk uruskan masa dan kewangan, susah untuk perniagaan hendak berkembang,"
​
Macam Nina mula berniaga sejak 2018, waktu itu, Ainaa Beauty baru saja ditubuhkan. Nina sendiri waktu tu, baru habis degree di UiTM, Shah Alam, masih cari kerja jadi Nina cuba untuk berniaga dulu dengan Ainaa Beauty. Mula-mula dulu, Nina memang tak tahu langsung tentang perniagaan, cara untuk mula pun Nina tak tahu.
​
Tapi sebab keinginan kan, Nina cari juga leader, iaitu Hafiz Mahamad untuk bantu bimbing Nina."
​
"Dalam perniagaan Ainaa Beauty ini, Nina mula dengan modal hanya RM200 saja dulu. Mula-mula rasa sukar nak survive dengan modal sebanyak tu, tapi Nina jaga cashflow dengan baik dan tak guna langsung duit perniagaan untuk keperluan Nina yang lain."
​
Tambah Nina, ‘cashflow’ kalau tak dijaga dengan betul memang susah hendak restock barang sebab modal sudah tidak cukup. Jadi, nak atau tidak, terpaksa guna duit peribadi untuk ganti modal yang kita perlukan untuk restock.
​
“Antara masalah utama yang dihadapi oleh peniaga biasanya tak cukup modal untuk pusingan dan tambah stok, tak nampak dan tak rasa mana duit perniagaan, tak tahu dengan jelas mana hasil jualan dan duit belanja, sentiasa tak cukup duit nak bayar duit belanja, stok, dan paling banyak berlaku adalah ambil duit bisnes untuk perbelanjaan sendiri.”
Memang ramai yang tercungap-cungap kalau nak urus aliran wang bisnes ni. Tapi kena tahu, aliran wang ni memang sangat penting. Aliran wang ialah oksigen kepada perniagaan. Kalau tak ada alirang wang yang terurus, ibarat ikan dalam aquarium yang tak cukup air," ulas Nina lanjut.
​
"Dengan aliran wang tunai kita akan nampak dengan jelas berapa jualan, keuntungan bagi setiap bulan. Bukan itu sahaja, peniaga juga perlu tahu macam mana nak rekod semua perbelanjaan dan pendapatan serta memperuntukkan duit untuk perbelanjaan perniagaan bagi tempoh-tempoh tertentu,”
​
"Bagi kewangan, Nina akan asingkan wang peribadi dan perniagaan. Sewaktu mula berniaga, Nina hanya guna akaun simpanan biasa untuk duit berniaga dan satu lagi akaun simpanan peribadi. Mana-mana duit yang melibatkan duit perniagaan seperti duit jualan, untung, modal untuk stok dan duit belanja berniaga semuanya dalam satu akaun sahaja."
​
"Jadi lebih mudah sebab kita tahu dalam akaun tu memang duit berniaga saja. Selain itu juga, dalam perniagaan, perlu ada rekod buku jualan untuk catat setiap keluar masuk duit."
​
Jelas Nina, rekod jualan ini sangat penting untuk pastikan kita sebagai peniaga sentiasa tahu ke mana duit berniaga yang telah kita guna. Tambahan pula, dengan penambahan ahli pasukan dalam Nina Empire kini, Nina sedar bahawa kepentingan kewangan amat diperlukan bagi memastikan setiap keperluan peribadi dan semua pasukan Nina sentiasa terjamin.”
​
Tambah Nina lagi, dengan kejayaan perniagaannya sekarang ini, beliau telah berjaya membuka pejabatnya sendiri di Bangi, Selangor. Beliau berasa sangat bersyukur kerana hasil titik peluhnya dari tahun pertama beliau menceburi perniagaan berkembang dengan maju dan jayanya dan bertekad untuk membantu lebih ramai anak muda dan usahawan baru dalam platform Ainaa Beauty bersamanya untuk lebih berjaya.
Sumber: Nur Faznina Abdul Rahim