top of page

Tingkatkan produktiviti kerja dengan kaedah Ivy Lee

Anda merupakan seorang yang sukar untuk fokus membuat sesuatu pekerjaan? Inginkan hasil kerja yang lebih efisien dan berkualiti? Hm! Bagimana hendak atasi masalah tersebut? Mungkin melalui kaedah Ivy Lee ini dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja seharian anda.

​

Sebelum itu, apakah kaedah Ivy Lee? Adakah anda pernah mendengarnya sebelum ini?

​

Kaedah Ivy Lee ini merupakan cara yang digunakan untuk meningkatkan tahap kecekapan pekerja. Kaedah ini asalnya digunakan oleh syarikat Bethlehem Steel

ivy lee.jpeg

Corporation pada tahun 1918 yang diperkenalkan oleh konsultan Bernama Ivy Lee. Jadi, bagaimanakah dengan kaedah ini dapat bantu meningkatkan tahap produktiviti kerja kita?

Di bawah ini, merupakan langkah kaedah Ivy Lee. Apa yang penting bagi anda ketahui adalah, dalam kaedah ini, anda perlu tahu apakah tugas atau pekerjaan yang perlu anda lakukan dan siapkan terlebih dahulu. Amat perlu untuk ketahui tugas mana lebih penting!

​

  • Setiap hari sebelum tamat waktu kerja, tulis enam tugas penting yang perlu disiapkan pada hari esok.

  • Susun enam tugas tersebut mengikut tahap kepentingan.

  • Keesokan harinya, siapkan tugas mengikut tahap kepentingan. Jangan beralih kepada tugas lain selain tugas pertama tidak disiapkan.

  • Ulang sehingga tugas yang ke-6.

  • Jika masih terdapat tugas yang belum disiapkan, masukkan tugas tersebut ke senarai hari esok pula.

​

Jika anda rasa, anda sukar untuk fokus dan kerja yang dilakukan kurang produktiviti? Mari cuba amalkan kaedah Ivy Lee ini! Ayuh, kita cuba bertukar kepada kaedah Ivy Lee ini untuk bantu tingkatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian anda. Tips produktiviti ini boleh digunakan agar anda mampu menyiapkan kerja dengan lebih baik. Ini kerana, salah satu kerjaya yang memberi kepuasan tinggi adalah kerjaya yang mana anda memiliki masa yang lebih fleksibal. Dengan cara ini, anda boleh bekerja dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang anda mahukan. Semoga bermaanfaat dan jangan lupa amalkan kaedah Ivy Lee ini sekarang.


 

Rujukan: The Ivy Lee Method: The Daily Routine Experts Recommend for Peak Productivity https://jamesclear.com/ivy-lee

bottom of page