top of page

Bagaimana pelajar boleh jana pendapatan?

Kebanyakkan pelajar pada zaman kini hidup dalam serba mewah sehingga mereka tidak mengenal erti penat lelah semasa dalam pengajian. Sebagai ibu bapa semestinya menginginkan yang terbaik untuk anak-anak dan jarang memberi peluang kepada mereka untuk mencari pendapatan ketika masih dalam menimba ilmu.

 

Menurut Nur Zulaikha Azman, 24, merupakan siswi daripada sebuah institusi pengajian tinggi di sebuah universiti kerajaan, dia tidak dimanjakan oleh ibu bapanya untuk membiayai kos pengajiannya sehingga dia tekad untuk bekerja sambil belajar walaupun agak sukar.

 

Oleh itu, Zulaikha kongsi beberapa tip untuk pelajar boleh menjana pendapatan tanpa menanggung kerugian yang besar dan dalam masa yang sama tidak perlu berharap wang perbelanjaan daripada ibu bapa.

photo_2022-01-27_13-04-46.jpg

Sumber: Nur Zulaikha Azman

  • Mempunyai minat dan tujuan yang jelas

Tip ini sangat penting kepada pelajar yang mempunyai niat untuk berniaga. minat dan tujuan yang jelas akan membawa seseorang pelajar itu mencapai matlamat sebenar mereka untuk menjalani sesuatu perniagaan. Tidak kira sama ada perniagaan dipandang rendah oleh orang lain ataupun tidak. Yang penting, jaga minat dan tujuan supaya tidak berpusing ke arah lain.

 

  • Elakkan berhutang

Sikap suka berhutang pastinya akan menyusahkan pelajar tersebut untuk terus maju dalam perniagaan. Hal ini kerana untung yang didapati hasil daripada berniaga pula perlu membayar hutang sebelum ini. Oleh itu, pelajar yang ingin memulakan perniagaan dinasihatkan untuk elakkan daripada berhutang walaupun hanya seringgit.

 

  • Gunakan modal yang kecil

Zulaikha berkata, pelajar yang baru berada pada fasa permulaan dalam berniaga dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan modal yang tinggi iaitu melebihi daripada RM100. Tip ini dikongsi agar mereka tidak mengalami kerugian yang besar pada peringkat awal. Selain itu, pada permulaan juga merupakan fasa untuk orang mengenali kita sebagai peniaga. Jangan cepat tergopoh-gapah. Lakukannya secara perlahan-lahan.

 

  • Buang sifat malu dan beranikan diri cuba perkara baru

Menurut Zulaikha, sifat malu akan membawa seseorang pelajar ke arah negatif dan seterusnya tidak akan mencuba perkara baru termasuk berniaga sampai bila-bila. Di akhirnya pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.

bottom of page