top of page

Pengasas produk kekal melangkah walau jatuh

Setiap manusia mesti pernah alami zaman kejatuhan akibat sikap orang sekeliling yang sering memandang rendah terhadap orang lain. Sifat iri hati yang ada pada diri seseorang kerana tidak berpuas hati dengan kelebihan yang ada pada orang lain.

​

Menurut pengasas produk Flamingo Serum Gold, Nur Jannatul Hannani Sani, 21, saat jatuh bangunnya semasa dalam perniagaan tetap menjadi ingatan sampai bila-bila kerana perkara itu yang membuktikan dia mampu berjaya sehingga ke hari ini.

​

Jannahtul menceritakan pengalamannya semasa di awal perniagaan adalah dia pernah di hina oleh orang paling dekat dengannya kerana bekerja dan berkahwin dengan orang berniaga.

​

“Saya pernah jatuh kerana mulut manusia yang memandang rendah dengan pekerjaan saya. Mereka kata saya tiada masa depan kerana menjual produk kecantikan sahaja. Namun, banyak lagi kata-kata yang membuatkan saya terluka apabila mendengarnya. Tapi, syukur alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang baik, menyokong dan sentiasa memberi semangat kepada saya untuk terus kuat dalam perniagaan dan abaikan kata-kata negatif dari mulut orang," ujar Jannahtul.

Selain itu, Jannahtul juga berkata dia dikuarniakan keluarga dan keluarga mertua yang tidak pernah jemu menasihatinya supaya terus melangkah ke hadapan jika ingin berjaya seperti ahli perniagaan lain.

8fea8087-20ed-4e86-900f-a5a123fe434c_edi

Sumber: Nur Jannatul Hannani Sani

Jannahtul menerangkan bahawa terlalu ramai orang yang memandangnya seperti tidak mempunyai masa depan yang cerah kerana dia juga berkahwin dengan ahli perniagaan yang merangkap sebagai pengasas produk.

​

“Saya dan suami adalah pengasas produk yang berlainan. Cuma, ketika mempromosikan produk, kami akan bergabung dan saling membantu untuk mendapatkan jualan yang tinggi. Jadi, saya tertanya-tanya sebab orang dengki dengan saya sedangkan saya hanya melakukan pekerjaan saya sahaja. Pada pendapat saya, untuk melakukan sesuatu pekerjaan, kita mestilah minat dan cinta dengan bidang tersebut. Tidak perlu bekerja hanya semata-mata mendengar mulut manusia sahaja,” tambahnya lagi.

​

Jannahtul berkata, dia sememangnya suka berdiri di atas kaki sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pasangannya.

​

“Suami saya seorang yang bertanggungjawab jika melibatkan nafkah. Nafkah adalah nafkah. Namun, saya bekerja bukan disebabkan suami tidak memberi wang. Tetapi, saya suka dengan cara kerja saya iaitu berniaga. Suami saya juga tidak pernah melarang saya untuk berhenti daripada berniaga malah sentiasa menyokong dengan apa sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh saya,” ujar Jannahtul.

​

Jadi, Jannahtul beranggapan bahawa kata-kata yang tidak baik daripada mulut orang sekeliling adalah satu cabaran baginya untuk terus menuju kejayaan.

​

Jannahtul yang dulunya hanya seorang pelajar sekolah. Namun, dengan sokongan daripada keluarganya menyebabkan dia berani mengambil risiko mengeluarkan modal perniagaan untuk menghasilkan produknya sendiri.

​

“Pada masa itu, saya hanya pekakkan telingan, butakan mata sahaja walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang datang. Matlamat saya hanya untuk bantu lebih ramai wanita di luar sana dengan menjual produk saya dan diuntung yang diperolehi adalah lumayan,” katanya.

​

Jannahtul berpesan agar wanita tidak perlu takut untuk membuka peluang pekerjaan sendiri walau hanya dengan berniaga secara kecil-kecilan. Hal ini dikatakan demikian kerana wanita juga mempunyai matlamat tersendiri dalam kehidupannya.

​

“Setiap hasil jualan kita ini boleh dihulurkan kepada orang yang memerlukan juga. Contohnya, memberi sumbangan kepada rumah anak yatim, fakir miskin dan sekolah tahfiz. Oleh itu, kita tidak perlu meminta wang dengan suami untuk membantu mereka,” jelas Jannahtul.

​

Jannahtul berkata, tidak rugi seseorang wanita mengejar cita-citanya untuk memperolehi pendapatan sendiri kerana boleh membantu mereka untuk melakukan banyak perkara dengan hasil titik peluh sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

“Saya berharap agar lebih ramai wanita bersemangat untuk bekerja dan jauhkan diri daripada orang yang menjatuhkan kita untuk gagal mengecapi sebuah kejayaan,” tambahnya lagi.

bottom of page