top of page

Siswi dedah guna cara cermat duit PTPTN

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan salah satu cara usaha pihak kerajaan membantu mahasiswa/mahasiswi untuk membiayai kos pengajian. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelajar terlalu boros dengan perbelanjaan harian sehingga di akhir-akhir semester mereka perlu meminta wang daripada ibu bapa. Perkara ini akan membebankan orang tua mereka.

 

Namun, Nur Zulaikha Azman juga mendedahkan cara-cara untuk berjimat sebelum wang PTPTN habis dengan kadar yang cepat.

​

5 tip terbaik dan mudah untuk anda sebagai pelajar menguruskan wang PTPTN;

​

  • Tidak membeli barangan produk kecantikan atau pakaian dengan keterlaluan

Elakkan daripada memboros produk kecantikan atau pakaian dengan menggunakan wang PTPTN kerana ianya boleh menyebabkan wang tersebut dibazirkan ke arah perkara yang tidak bermanfaat. Lebih baik wang tersebut digunakan untuk membeli peralatan belajar seperti buku, pen atau membaiki komputer riba yang rosak.

 

  • Bezakan antara keinginan dan keperluan

Mahasiswa dan mahasiswi perlulah bijak dalam membezakan antara keinginan dan keperluan supaya tidak menyesal suatu hari nanti. Elakkan daripada membeli sesuatu yang diingini kerana itu hanya nafsu semata-mata. Tetapi, jika sesuatu benda yang memang diperlukan, maka. belilah.

 

  • Makan pada waktu yang sepatutnya dan tidak mengikut nafsu

Elakkan daripada sentiasa makan kerana ini menyebabkan wang PTPTN yang sepatutnya boleh digunakan untuk perkara lain cepat habis dan kesihatan badan juga akan mudah terjejas. Hal ini kerana makan secara berlebihan dan tidak berpantang.

 

  • Belajar berniaga walaupun secara kecil-kecilan

Mahasiswa dan mahasiswi boleh mencuba perkara baru untuk tambah pendapatan. Contohnya, berniaga secara kecil-kecilan seperti baju, makanan segera, minuman dan sebagainya yang boleh menampung wang perbelanjaan harian sepanjang berada di kolej.

 

  • Gunakan rangkaian telefon pintar paling murah dan berpatutan

SebagaI seorang mahasiswa/mahasiswi, penggunaan rangkaian telefon pintar boleh dijinatkan dengan cara menggunakan pakej yang paling murah dan berpatutan. Hal ini untuk mengelakkan daripada pembaziran yang banyak berlaku pada setiap bulan.

Sumber: Nur Zulaikha Azman

bottom of page