top of page

Kehebatan wanita tangani kes buli siber

Pada era globalisasi ini, kecanggihan teknologi dan internet yang semakin berkembang maju menyebabkan tercetusnya buli siber dalam kalangan masyarakat.

​

Buli siber berlaku disebabkan sikap manusia yang suka akan perlakuan yang negative sehingga bertindak untuk menyerang mana-mana sistem demi kepuasan diri-sendiri. Oleh itu, terdapat individu yang sudi membantu masyarakat yang mengalami buli siber melalui kempen.

​

Pengasas Projek #Cybercancelled, Narvinni Jayakumar, 23, merupakan seorang wanita yang berkeyakinan dalam mengadakan kempen #Cybercancelled kerana dia ingin melihat perubahan ke atas isu buli siber daripada terus ramai yang menjadi mangsa.

 

“Pada awalnya, saya tidak mempunyai keyakinan. Saya berasa takut untuk memulakan kempen kerana saya tahu dengan berkempen akan menyebabkan saya perlu berhadapan dengan khalayak ramai. Apabila di hadapan khalayak ramai, saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan saya penat dengan sikap begitu yang tidak membawa kepada perubahan. Oleh sebab itu, saya sentiasa percaya dengan pepatah “jadilah perubahan yang anda ingin lihat”. Dengan itu, ia memberi saya keyakinan untuk melakukan kempen dalam membendung serangan buli siber”, jelas Narvinni.

 

Kebiasaanya, kaum lelaki sahaja yang berjaya menggunakan keberanian mereka dan wanita akan bergantung kepada mereka kerana masih tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk menegakkan sesuatu perkara atau masalah yang dihadapi.

Namun, Narvinni berkata dia tidak menghadapi sebarang cabaran dalam usaha menentang buli siber walaupun dia seorang wanita malah berpesan agar tidak perlu takut dengan batasan yang bakal dihadapi akibat jantina.

 

“Saya mungkin bertuah tetapi saya sedar bahawa ada wanita yang sukar untuk bersuara mengenai kes buli siber. Jika seseorang itu mempunyai pengetahuan untuk disampaikan dan boleh membantu orang lain, maka lakukanlah. Tidak perlu fikir dengan gender,” ujarnya.

​

Narvinni akan meneruskan kempen ini sehingga berlakunya perubahan terhadap isu ini. Contohnya, gangguna siber dapat dikurangkan dalam kalangan masyarakat atau sistem. Hal ini kerana internet semakin penting kepada manusia dan kempen ini akan membantu individu dalam jangka masa yang panjang.

​

Narvinni berpesan agar jangan takut dengan kekangan jantina dan wanita perlu keluar daripada zon selesa untuk menuju ke arah kehebatan.

 

“Dia kuat bukan kerana dia takut tetapi kerana dia terus maju dengan kuat, meski ada ketakutan” Chevanon Photography

 

Wanita cantik adalah wanita cantik, tapi wanita cantik dengan otak adalah kombinasi yang sangat mematikan – Prabal Gurung

Sumber: Narvinni Jayakumar

bottom of page